16 August 2010

arwah Nurul Najiha bt Mohd Arjunaidi , 13 december 1994 - 16 August 2010 , aku sentiasa ingin jadi seperti kau .

akhirnye selepas lama kau tanggung kesakitan yang bukan kepalang , kau pergi jugak , kau pergi tanpa mengetahui betapa kami semua sayangkan kau , mak kau sayangkan kau , bukan penipuan jiha , tapi kebenaran . aku ingat kau akan sembuh , tapi ini ketentuan aku redha , kau sepupu yang chantek , kau rajin , kau sangat sempurna sebagai wanita yang masih terjaga akidah dan sahsiahnye .

akan aku rindukan cara kau pggil aku , cara kau gelak , takkan aku lupe semua kenangan ketika zaman kecil kita , mandi kolam sama2 , tuka2 kereta kalau hari raya sebap nak duduk sama sama , cerita hantu sama sama , tido rumah wan sama2 , tido rumah kau atau aku , tapi semua tuh semasa kecil , sejak usia meningkat kau dan aku dah jauh , seperti aku cakap bagai ada tembok yang menghalang dari kita bercakap , kau lah kehilangan yang paling besar , jiha jika tidak tauhn depan pasti kita sama2 duduk spm , tapi kini hanya aku dan tini yang tempuhi , nanti besar aku dah takde salah seorang sepupu yang akn temani aku . kau baik , mane ada anak yang walaupun sakit teruk tapi masih ingin kemas rumah , kau rajin dan sangat baik jiha , sangat , tiada cacat cela di mata aku . :(

jiha , takkan aku lupa kenangan dengan kau , masa cuti sekola , maen masak2 , maek mak2 , semua permainan kita main masa kecik , fasa menggembirakan buat kita , tapi bila dah besar , kalau aku tahu ajal kau pantas seperti ni aku akan amek kesempatan cakap aku rindu masa kecil kita , aku mahu kita seperti dulu , tapi kesempatan dah hilang , tiada ape lagi yang ada . aku memang ta bole tido , dan kenangan kita dulu sangat bermain dalam minda aku .

sepupuku , Nurul Najiha bt Mohd Arjunaidi , kau lah insan yang takkan aku lupakan , pandai melukis , open minded , susah senyum tapi senyumanmu sangat chantek dan wajahmu selalu tenang dan sangat chantek . aku sayang kau dan aku rindukan kau sangat . semuga rohmu dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam mereka yang beriman . AL-FATIHAH , amin .

aku ingin undur masa dan cakap aku sayang kau , janganlah sakit . :(

No comments:

Post a Comment