muntah ludah

tak perlu pujian kerana bukan itu aku butuh , aku butuh keikhlasan , mencari pembangun jika jatuh , mencari pembikin ketawa bila muram , mencari telinga ketika aku sendiri pekak untuk mendengar ape yang aku rasa . tapi aku masih tercari-cari , masih dalam permainan basi yang aku sedar semenjak aku menginjak remaja dan akan menjadi dewasa hanye inilah permainan yang aku main , permainan realiti bukan fantasi seperti saidina mahupun monopoli yang buat aku rasa aku kaya dalam fantasi , kelaka jika diingatkan boleh punye hotel dan rumah di tanah2 besar yang hanye dibina atas sebidang permainan .

hari itu , hari yang bikin hati aku panas , hari yang bikin hati aku dirobek oleh kata kata anak Melayu yang langsung ta membanggakan karya asli Melayu , dikata puisi2 yang ditulis oleh A.Samad Said itu bosan , tidak faham ape yang cube disampaikan beliau , katanye buku tebal tapi langsung ta best bila membacanye , celaka mulut kau , karya si penjajah kau angkat tggi , kau agungkan hingga ke langit , tapi karya anak bangsa kau lupa , mungkin tahu pun tidak , ape yang kau layan hanye novel cinta yang bikin kau teresak esak , aku ta pandang jengkel jika itu ape yang kau suka , tapi hidup dlam fantasi cinta kau mmpu , kenapa kerana zahirnye kau ta mampu ? kesian kau , mult celupar siapa mahu . maaf lah tapi siapa suka kau . HAHA . oh yer , buat pertama kalinye aku suka tajuk karangan yang diberi oleh cikgu bahasa melayu :)

perempuan curangkah aku bila hati masih ta sepenuhnye untuk anak Dato'? aku bosan , aku masih mencari keserasian kami , manjaku dikata mula mencari masalah , dia tidak pernah nampak siapa aku , aku tahu dia bukan aku , tapi dia seharusnye ade sedikit rasa siapa aku , tapi dia lngsung tade , aku cube ekot rentak lagu dia , takpernah lelah , jika dia minta balada aku iringi balada jika dia minta rock aku alunkan kepala supaya nampak rock , aku ikot walau hati kaku mati , taksuka , sering aku teriak tak suka , tapi dia situli yang tapernah selami hati jadi dia tak tahu ape ada dalam hati .

aku mahu lelaki yang pandai tulis , yang pandai meluahkan kata menerusi sekecil bende yang dilihat . aku mahu lelaki yang buat ape aku ta mampu .

tapi aku hanya mampu cakap aku mahu , kerana aku ta de kuase untuk cakp aku dapat .

2 comments:

  1. kenapa nk hmbakan diri kat laki mcm tu?? anak Dato' pon,bkn boley mnjamin idop kita.. jgn cetekkan pmikiran pd insan mcm tu..

    ReplyDelete
  2. aku bukan hambakan diri aku pada dia ,malah aku tak pernah bersentuhan dengan dia , masih jaga siapa aku dan siapa dia , haram tetap haram dan disini aku tegaskan aku tak pernah kisah dia siapa , aku tahu dia tidak menjamin kehidupan aku nanti , tapi untuk berkongsi rasa sayang dengan dia , itu hak , dan aku ada sebap sendiri .

    ReplyDelete