penipuan .

aku hidup dalam penipuan , maksud aku bukan sahaja aku tapi sebenanye kita semua sedang duduk dalam penipuan , belajar ape yang hanye direka dan tak pernah wujud , sungguh hebad permainan dunia , sudah di rancang rapi , ya Allah , aku menyesal aku pernah lalai dahulu , dekatkanlah aku denganmu kembali ya Allah .

banyak rahsia yang terbongkar , namun kenapa masih ada yang langsung ta endah , ape tulikah kau , butakah kau ? hinakah kau ? aku sedih , namun aku ingat aku juga pernah jahil dulu dan ta mustahil langsung aku akn kembali jahil jika aku lemah dan gagal mengekalkan ape yang diberi sekarang .

aku rasa aku bagai dah temui ape yang hilang dalam hati aku , dalam jiwa aku . terima kasih Pencipta kerana telah sedarkan aku yang sebebnanye duduk dalam kegelapan tapi aku sangka kegelapan itulah warna terang yang dibagiMu , alpanye aku , kerdilnye aku .

kini aku ta lagi mencari dua kerusi yang tersorok dan cantek jika diisi dengan pasangan kekasih , kerana mungkin kini tiada guna lagi , tapi aku pasti satu hari nanti pasti akan aku terpikir siapan yang akan menemani aku berjalan melalui satu kisah kehidupan , siapa yang akan menemani aku mengisi satu batu yang dicantum menjadikan tempat berlindung , aku yakin pasti nanti Pencipta akan meminjamkan satu pada aku , yang halal disisinye dan yang akan membimbing aku .

aku dah ta mahu hidup dalam fantasi yang akan bikin aku mati , kerana bagi aku Illahi dah cukup beri aku satu realiti yang indah walaupun sebenanye mimpi kerana aku kau dan mereka semua sedang tidur dalam mimpi kerana hanya mati yang betol yang pasti . tapi aku terpikir lagi , apakah perubahan aku yan drastik nnti mampu diterima kawan ? takot mereka rasa bosan dan rasa muak , harap mereka akan masih ada .

hidup aku penuh persoalan , persoalan yang hanye akan jawab bila tiada lagi sejarah , aku sedang melalui sejarah kita sedang melalui sejarah sejarah atas garis masa yang betol , yang telah di cipta oleh Dia , bukan sejarah atas garis masa yang ditulis dan direka oleh si sihir2 itu , bukan .

ape aku mahu jadi ? aku terpikir , pemuzik kah ? aku sumbang untuk sebuah melodi , jurugambar kah ? aku risau sisi yang salah , penulis kah ? aku yakin picisan aku bukan satu benda yang memukau , pelukis kah ? aku masih ta mmpu kenal warna kehidupan , aku tak mmpu . pekerjaan semua besar sedang aku kerdil , tapi harus ada keyakinan untuk kata aku mampu , ea aku mampu .

angan aku nnti , buat ibu bapa bangga , alah semua mampu cakap , tapi mmpu ke ? angan aku nnti nak pergi ke langit , tapi aku sedar nanti aku jatuh , kenapa aku mahu ke langit ? kerana disitu ada Tuhan aku , Allah s.w.t , yang kekal , Pencipta cinta yang kekal abadi , yang sejak aku dilahirkan sepatotnye aku hanya cinta kan Pencipta , namun aku lemah aku pernah lalai , taksub akan duniawi hingga lupa semuanye , hina sungguh aku ini . angan aku nanti , mahu ada sebuah pondok usang yang beratapkan daun2 kelapa ataupun nipah untuk bulan madu dengan lelaki yang sah , bukan lelaki yang aku belum pasti . aku takkan ulangi .

kini , aku tersenyum kerana apa yang terkoyak dan robak ,aku dah mampu beli pelekat untuk smbung dan aku dah jumpa doktor yang bagi aku ubat mujarab . :)

*maaf tiada hiasan kali ini ,tulisan semata *

No comments:

Post a Comment