pelakon filem belakang ,

aku suka tengok filem , malah aku boleh dikategorikan manusia gila tentang filem , pernah aku terpikir untuk bermain wayang satu hari nanti , tapi bila fikir semula akibat nye kemudian hari , aku rela mengambil keputusan hanya untuk terus menonton dari menceburi .

tapi tanpa aku sedar , ape yang berlaku seharian aku juga adalah satu pentas yang aku sering lihat dan aku lah pelakon serta pengkritiknye apabila aku sedar , tapi aku terfikir sampai bila aku harus berlakon menjadi seorang yang bukan aku dengan mengucapkan skrip mahupun dialog berlandaskan perasaan orang lain . kini juga aku berlakon , dalam masalah sekarang aku berlakon menjadi seorang rakan yang reda dia sedang kehilangan kawan yang baginye dulu sangat penting , tapi kerna dia yang baru menempel aku dah kehilangan dia .

kenapa aku berlakon ? aku yakin semua tahu jawapnye , kadang aku mahu jadi tuan director yang boleh teriak 'cuuttt' tapi aku hanya pelakon , dan hati aku ialah tuan director bisu itu , aku bosan . bosan sampai bila harus hanya melakonkan .

pelakon itu penipu ? justeru itu aku , aku tak pernah jadi diri aku . mungkin kerana sangat takut akan kesedihan manusia lain sampai buat aku fikir aku harus menipu agar dia bahagia dan aku terluka . sudah biasa itu . dah mati kata .


untuk kenangan semalam , aku tahu kau sedang bahagia bersama dia , tapi nanti kalau kau tercelaka jangan risau aku tetap hulur tangan dan beri rasa . aku mahu kau tahu berapa juta yang datang pun kau tetap ada dalam , dan aku dah ikat ketat2 . sampai mati rasa aku untuk kau tetap sama , tiada penambahan kerana kita itu sudah mati .

No comments:

Post a Comment