situasi .



gadis :

dia duduk di tepi jendela menyaksikan kekejaman dunia yang menghentak seribu jiwa tidak berdosa , dia menangis kekusutan tanpa pinta akan simpati kerana dia tahu teriak yang dia hembuskan tiada siapa akan dengari kerana itu apa yang dipilih dia . dia dan jendela bagaikan satu pasangan indah yang saling memerlukan kerana bagi dia tanpa jendela yang satu itu tidak mungkin dia mampu kenal lagi apa itu dia , hanya kerana dia pernah tewas dalam tipu daya penghuni dunia dia seolah hilang punca untuk berdiri melihat matahari dan ciptaan hebat kapitalis licik . dan hari hari dia hanyalah dengan tangisan dan ludah busuk hanya kerana satu silam yang dia pernah hadapi .

*kejam*

lelaki :

dia duduk dan menghisap cerut mahalnya dengan tenang sambil merangkul tubuh si manis yang baru dia kenali dua tiga bulan lalu , penat lelah dia membuang segala wang untuk si manis itu sentiasa terbalas dengan godaan dan hembusan nafsu yang dituruti si gadis , dan dia dalam otak fikirannya sudah ada agenda lain tentang apa bakal terjadi dengan gadis sunti yang baginya sudah tiada apa yang boleh diguna kerna dia sudah puas dengan lenggokan godaan gadis ini dan sudah tiba sekarang dia mencari pakaian yang baru yang lebih nampak ganas dan turuti selera dia yang makin meninggi . dan dalam hatinya berbisik , kau juga akan jadi pakaian buang seperti yang lain dengan penuh lagak ketawa setan dirinya .

*dengan penuh setan *

dan antara gadis dan lelaki ini pernah bersama dan pernah bahagia . dulu .

No comments:

Post a Comment